CARA MENGATASI PENAGIHAN DADAH.
Siapakah yang bertanggungjawab ? adakah
keluarga, sekolah , masyarakat, Badan-badan NGO atau Kerajaan.
Sememangnya…semua orang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Peranan ibu bapa
-
Ibu bapa adalah insan yang
paling hampir dengan golongan remaja. Ibu bapa berperanan secara langsung dalam
pembentukan sahsiah, mental, fizikal dan peribadi anak-anak mereka. Sikap
pentingkan kerjaya dan diri sendiri perlu diseimbangan dengan pembentukan
keluarga yang bahagia. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak, saling
berinteraksi bertanyakan masalah yang mereka hadapi, mengawal aktiviti dan
pergaulan mereka. Keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan ini menjadikan
mereka sebagai pakar rujuk untuk anak-anak.
Peranan sekolah
-
Sekolah merupakan institusi
kedua yang memainkan peranan penting dalam menangani masalah penagihan dadah
dikalangan pelajar sekolah. Pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar sekolah
merupakan mekanisma penting dalam mengerakkan pelbagai program yang berkaitan
dengan penagihan dadah. Antara program yang dijalankan adalah minggu anti dadah.
Minggu Anti Dadah dijalankan setiap tahun baik diperingkat negeri, daerah atau
sekolah. Program ini mendapat kerjasama dengan AADK. Tujuan program ini
dilaksanakan adalah untuk member I pendedahan kepada warga sekolah umumnya dan
pelajar sekolah khususnya tentang jenis-jenis dadah, kesan dadah dalam
kehidupan dan cara mengatasinya. Antara pengisian program ialah ceramah lima
minit, pameran, pertandingan melukis poster dadah, pembinaan blog, menulis
esei, pertandingan boria, dikir barat dan sebagainya. Ujian air kecing juga
telah dilaksanakan sebagai langkah awal mengesan pelajar-pelajar yang terlibat
dengan najis dadah. Dengan cara ini, kita dapat member I peluang kepada golongan sasaran melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah.
Ujian air kecing juga telah dilaksanakan sebagai langkah awal mengesan
pelajar-pelajar yang terlibat dengan najis dadah. Kementerian pendidikan telah
meletakkan satu matlamat’ Sekolah Tanpa Dadah ‘ sebagai hala tuju yang berlu
dilaksanakan bersama dari peringkat sekolah.
Rakan Sebaya
-
Siapa rakan sebaya? Sejauh mana
peranan yang boleh dimainkan oleh rakan sebaya?. Rakan sebaya ialah sahabat
atau kawan yang seusia dengan sesuatu peringkat umur. Rakan sebaya boleh
bertindak sebagai pembimbing kepada
rakan sebaya yang lain. Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah
mendekati dan berinteraksi sesama rakan sekolah atau sekelas, melengkapi diri
dengan ilmu pengetahuan tentang masalah dadah dan merokok, belajar menjadi
pendengar yang baik sekiranya ada rakan sebaya yang meluahkan masalah, bantu
rakan sebaya dengan ikhlas dan tenang, bantu menerap nilai-nilai murni kepada
rakan sebaya, menjadi model yang baik, bantu rakan sekolah menangani pengaruh negative,
rancang aktiviti yang sihat, sedia berkawan dan bijak bertindak jika berlaku
sesuatu yang mencurigakan. Dengan terlaksananya langkah-langkah ini , rakan
sebaya boleh mengurangkan pengaruh negative sebaliknya dapat menerapkan
pengaruh positif dikalangan rakan sebaya.
Masyarakat
-
Masyarakat meliputi jiran
tetangga, saudara mara dan insan sekeliling sasaran juga tidak kurang
pentingnya berganding bahu mencegah masalah ini daripada berterusan. Ungkapan
“menjaga tepi kain orang” perlu diterapkan dalam masyarakat bagi menangani
permasalah yang melibatkan umum. Masyarakat bukan sahaja menjadi pemerhati
setia, tetapi menjadi agen penghubung . Masyarakat yang bertanggungjawab adalah masyarakat yang
sentiasa melaporkan setiap jenayah yang berlaku terutama jenayah penagihan
dadah dikalangan remaja sekolah. Talian RakanCorp yang disediakan oleh pihak
PDRM boleh digunakan semasa membuat sebarang aduan. Tema SATU MALAYSIA
MEMBANTERAS DADAH perlu dihayati oleh setiap lapisan masyarakat yang berbilang
kaum tanpa memilih agama dan bangsa.
Khidmat Kaunseling
-
Guru kaunseling memberi
perkhidmatan kaunseling kepada pelajar melalui pertemuan secara peribadi.
Pertemuan secara peribadi ini sedikit sebanyak menghilangkan rasa malu dan
tertekan untuk memberitahu masalah yanh dialami. Kepakaran , kebijaksanaan dan
sifat kerahsiaan yang dimiliki, dapat
mengenalpasti masalah pelajar dan mencari jalan mendekati mereka.
Peranan Kerajaan
-
Kerajaan telah membelanjakan
beribu-ribu ringgit dalam usaha menangani masalah penagihan dadah. Antara usaha
yang telah dijalankan ialah menubuhkan pusat-pusat serenti, Menubuhkan Unit
Pencegahan Dadah di setiap negeri, menyediakan pusat-pusat latihan kemahiran
seperti Institut Kemahiran Belia, Kolej Komuniti, Pusat Latihan Perindustrian
dan sebagainnya. Tujuannya adalah untuk memberi didikan , kemahiran, kesedaran,
bimbingan agama dan perlindungan kepada golongan penagih. Selain itu, hukuman
yang keras juga disediakan sebagai satu alternative kerajaan menangani masalah
ini. Pihak media massa,media cetak, media elektronik juga berperanan
menyebarkan berita, poster, majalah, blog dan sebagainya sebagai santapan dan
renungan masyarakat. Penggunaan motto seperti DADAH MUSUH NEGARA, DADAH
MEMUSNAHKAN HIDUP ANDA, JAUHI NAJIS DADAH, DADAH MEMBAWA PADAH, DADAH MUSUH
NOMBOR 1 NEGARA, REMAJA BEBAS DADAH DAN lagu-lagu berkaitan dengannya merupakan
usaha yang murni dan berterusan.
0 comments:
Post a Comment